Sunday, January 30, 2011

Baby Firas dan Stroller


Hari Khamis baru-baru ini aku ke putrajaya...pastu hari jumaat tu aku sempat berjalan-jalan ke alamanda...tujuan aku ke alamanda tu nak cari stroller untuk baby firas...macam la kat SP ni xdak orang jual stroller kan...hik3...sebenarnya kat SP ni pun ada berlambak supermarket jual tapi aku jer yang tak berapa berkenan dan pilihan pun terhad...
Masa kat alamanda tu lepas masuk 2-3 kedai baru la jumpa stroller yang berkenan di hati...aku suka model lain tapi hb aku suka yang lain...bila tanya pendapatan anak beranak aku termasuk anak beranak kakak aku + bibik semua suka yang aku berkenan tu...tapi apa nak buat kan...kuasa veto di tangan suami...akhirnya kami pun beli stroller yang suami aku tu berkenan sangat...
Gambar kat atas tu baby firas tengah posing atas stroller baru dia...

Thursday, January 27, 2011

Yuka dan Popcorn

Setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan semasa nak membuat popcorn...maka inilah hasilnya..

.....

.....

.....

Tadaaaa..........


cantik tak popcorn aku ni? masa buat popcorn tadi yuka guna periuk yang ada penutup kaca..jadi boleh la yuka nampak proses jagung tu bertukar menjadi popcorn...yang kelakar tu kan masa mula2 buat tu..bila jagung2 tu melompat-lompat dalam periuk..yuka dengan bibik pun terlompat sama...hahaha rasa macam jagung tu nak terpelanting kene kitorang ni...

Akhirnya berjaya jugak yuka buat jagung setelah mendapat inspirasi dari lagenda mahsuri@mak...tq mak

Monday, January 24, 2011

Sinopsis Sinetron Kejora Dan Bintang


Mengisahkan seorang gadis bernama Kejora anak orang kaya. Dia ada adik pompuan bernama Bintang seorang yg berpenyakit autisme tapi pandai main piano...Ayahnya, Pak Ryan seorang bisnesman terkenal di Jakarta. setelah ibunya dah meninggal dunia. Pak Ryan berkahwin dengan seorang janda anak 1 bernama Hanifa. Anaknya bernama Janet Jackson.
Suati hari kejora kejora pulang ke Jakarta dan ketika di lapangan terbang beg dia telah tertukar dengan erlangga ( baim wong). Erlangga ni cucu orang kaya....kalau dah cucu orang kaya sure korang boleh agak cemana karakter dia kan...mestila ganteng/ensem dan berlagak dan keras kepala...Erlangga ni boyfren Janet...
Kejora terpaksa berhadapan dengan sikap sombong dan angkuh erlanggaakibat kejadian tertukar beg. Persoalannya disini adakah mereka saling membenci ataupun benci bertukar menjadi cinta?
Macamtu lah sinopsis cerita tu...

Bagi aku la kan kalau dah nama sinetron mula2 memang la depa benci dan bergaduh-gaduh macam nak rak..pastu konfem la depa jatuh cinta...

Yang membuat aku menarik dan tertarik nak tengok citer ni sebab ada baim wong tu jer...kalau jalan cerita tu biasa2 je la aku rasa...mula kaya pastu miskin pastu kaya balik...Anyway selamat menonton....

Wednesday, January 19, 2011

Panjangnya......

Comel tak kalau firas rambut panjang macam ni? ahaks....
Ini hanyalah entry sengal.......

Tuesday, January 18, 2011

Ebiboy masuk sekolah...

Semalam hari pertama ebiboy ke sekolah dalam sejarah hidup dia. Mula tu aku cuak jugak mau ker ebiboy ni pi sekolah...sebabnya bila ditanya memang dia kata taknak ke sekolah...aktiviti harian dia dirumah ialah main laptop dari pagi sampai petang...Ebiboy ni hanya mula bersekolah setelah 2 minggu orang lain bersekolah kerana semasa penggal pertama persekolahan bermula aku masih dalam pantang...jadi tak sempat nak tinjau2 sekolah tadika untuk dia...
Pada mulanya aku nak hantar dia ke sekolah tadika swasta, tapi bila pikir2 balik aku tak jadi hantar tahun ni sebab aku risau la ..nanti aku dah bayar segala duit pendaftaran semua tetiba dia tak nak sekolah..rugi jer... kebanyakan tadika swasta yuran pendaftaran masa awal tahun rm600-rm800 lepas tu yuran bulanan antara Rm160-rm220...fuhh mengalahkan budak masuk kolej...kalau ada subsidi maxam cikmin kata tu xper jugak..tapikt sini xder...
akhirnya aku daftar ebiboy kat tadika kemas..nak tau tak berapa yuran pendaftaran dia? murah gila...RM100 jer pastu siap dapat baju 2 pasang dan termasuk yuran bulan januari... yuran bulanan pulak 15 hengget jer... ini bermakna yuran kat situ untuk setahun sama dengan sebulan yuan di tadika swasta!!!




Ini gambar ebiboy dengan baju sekolah...balik jer rumah terus cari laptop...


Gambar ini diambil ketika ebiboy nak kesekolah pada hari ke-2 takni pg tadi...harap2 hari esok dan juga seterusnya ebiboy tak buat hal time nak kesekolah...Belajar rajin2 tau...

Thursday, January 13, 2011

Baby Firas...




Salam semua, harini baby firas dah 45 hari...kat sini yuka nak share gambar baby firas dengan korang semua...gambar2 ni ada yg ambik waktu mula2 lahir dan ada yang dia mbil ketika umor firas 44 hari... kalau firas masih berambut maknanya gambar lama la tu..sewaktu 3 minggu pertama



Yang ni gambar terkini firas...diambil ptg semalam....








Yang ni ketika sesi cukur rambut

Wednesday, January 12, 2011

Hari ke-44

Shut up no shut up hari ini dah cukup 44 hari aku berpantang...esok aku akan merdeka...masa baru melahirkan haritu aku rasa tak sabar nak tunggu 44 hari...tapi bila dah sampai masa rasa sedih la pulak....mana tak sedeh kan, sebelum ni aku macam orang OKU jer tak buat apa2 keje melainkan baring2 jer depan tv sesambil menjaga anak kecik aku tu...lepas ni dah takderla keistimewaan macam tu...
Berpantang anak ke-5 dan anak pertama memang jauh berbeza...masa pantang anak pertama dulu aku rasa sangat sengsara...masa tu semua benda aku teringin nak makan...tengok iklan KFC kt tv pun rasa macam nak menitik ayaq liuq...tambahan pula masa pantang anak pertama aku dijaga oleh arwah mak aku...beliau memang sgt strict...makan nasi tak boleh tambah...minum air 4 cawan jer sehari...mana la tak azab kan...nak minum air berais tu jangan mimpi la...cuma bila dah dekat2 nak habis berpantang aku curi2 gak minum air lebih sikit....
Bila berpantang anak nombor 2 hingga 5 aku dah tak teringin sangat nak makan macam-macam...cuma yang ada dalam fikiran aku ni aku nak makan ABC ataupun cendol esok...lepas tu ingat nak makan Pizza...pastu  ingat nak ajak hb aku pi kedai seafood sebab sebelum beranak haritu aku teringin nak makan ketam masak cili tapi tak sempat...

Tuesday, January 11, 2011

Anugerah Juara Lagu AJL25

Shut up no shut up ( pinjam kata2 FBI) dah 2 hari AJL25 berlalu.... tetapi seperti biasa ...bak kata pepatah rumah siap pahat berbunyi...mana2 majlis anugerah pun macam tu...keputusan juri mana boleh puaskan hati semua pihak...ada je ryang tak kena...kali ini yang menjadi isu ialah kemenangan lagu Ana Rafali tu...Aku pun tak faham kenapa diorang tak puas hati sangat dengan lagu tu...bagi aku kalau sesebuah lagu tu layak masuk final maka lagu tersebut layakla untuk menang..tak gitu?
Dalam entry ni aku bukan nak pertikai tentang sapa menang dan sapa pengalah...sebab aku tak kisah pun sapa yang menang...kat sini aku nak kongsi pandangan tentang majlis tu...sana sini orang bercakap tentang kemeriahan dan kegempakkan majli situ...semua finalis buat persembahan yang bagus...dasyat2 dan hebat2 belaka...itu kata orang la... kata aku pulak macam mana? sebenarnya aku tak berapa layak nak cerita lebih2 pasal AJL ni...nak tau kenapa? ini adalah kerana sepanjang AJL berlangsung aku asyik terlelap jer...padahal aku yang tak sabar2 nak tengok AJL tu...masa ana rafali tu buat persembahan..aku tengok ana rafali pakai baju putih...pastu aku terlelap beberapa saat... bila dah tersedar tengok2 baju dia dah jadi kaler merah...hampeh jer kan aku ni...yang paling tak boleh belah tu bila faizal tahir nyanyi lagu hanyut pun aku boleh terlelap...masa dia mula2 nyanyi tu aku berusaha untuk tidak terlelap  sebab nak tengok apa gimik dia nak buat...takkan sekadar menyayi dalam kandang tu jer..mesti ada dia nak buat apa2 lagi ..tapi rupa2nya aku terlelap jugak...aku tersedar bila dengar sorakan yang kuat dari penonton di stadium...masa tu aku tengok faizal dah basah... apa kes lak mamat ni sampai basah macam tu...aku tanya anak aku kenapa Faizal tu basah..pastu anak aku kata dia terjun dalam air...alaaaaa aku dah missed part tu...lepas tu beberapa kali gak la aku terlelap...
Nasib baik dalam rancangan MHI pagi semalam depa ada tunjuk part faizal buat persembahan...maka dapatla aku tengok apa yg dia buat malam tu...
Secara peribadi aku terhibur jugakla dengan AJL25 tu walaupun ada beberapa lagu tu bukannya taste aku pun....

Friday, January 7, 2011

Serasi Bersama..

Yuka nak tanya... sapa yang pernah menonton rancangan Serasi Bersama? alaaa rancangan di astro ria tu...yang tiap2 hari sabtu dan ahad malam tu...sebenarnya aku bukan nak promote program tu kat korang...cuma nak berkongsi pendapatan  aku tentang program tu...program tu nak kata best sangat tu takla..bolehla tengok kalau dah xder cerita lain...tapi yang aku menyampah tu...selebriti yang masuk program tu macam nak menunjuk-nunjuk yang diorang tu la couple paling loving kat dunia ni...sikit2 nak peluk...sikit2 nak cium...jawapan betul nak cium jawapan salah pun nak cium... pastu ada 1 kapel tu kan...masa host rancangan tu tanya apa yang membuat isteri dia bangun waktu pagi...jawapan yang dia bagi ciuman ( nak bagitaula kat orang yang dia cium bini dia tiap2 pagi) tapi yang kelakar tu jawapan yang bini dia bagi dia bangun waktu pagi disebabkan oleh bunyi jam...herm x serasi langsung...walau apapun aku harap peserta serasi bersama ni takla terkena badi macam sehati berdansa tu...

Wednesday, January 5, 2011

Permintaan untuk CIKMIN

Salam semua...yuka kembali bersiaran selepas seminggu menghilang...sebenarnya yuka ada jer kat rumah..tak pegi mana2 pun sejak balik dari kl...tp masalah internet yang sengal dan begok ni membuatkan yuka x boleh nak on9...Sebelem yuka meneruskan coretan yuka nak ucap selamat tahun baru 2011 kepada semua..harap2 masih belum terlambat....
sebenarnya entry kali ini yuka buat sebab yuka ada permintaan dekat cikmin... sebenarnya macam ni... baru-baru ini yuka tengok kat tv3 kata tak lama lagi akan ada cerita indon baru bertajuk sejuta cinta marshanda...yuka rasa cerita ni mesti best sebab pelakon dia ialah baim wong (dimas) dengan marshanda (winda)...oleh kerana waktu siarannya ialah pukul 2 ptg maka tak dapat la kami ( orang2 yang kerja makan gaji ni) tengok...Jadi diharap cikmin dapat letak cerita ni kat blog macam cerita BBC dulu tu...agak2 boleh tak cikmin? Sekian, terima kasih.....

p/s: sapa yang setuju dengan cadangan yuka ni sila tinggalkan komen...